+60 12-377 6091

Mengenai

SURAU AL-MUQARRABIN

Mengenai Surau

Al-Muqarrabin

Taman Alam Suria Fasa 5 adalah kawasan perumahan yang merangkumi 7 (Tujuh) fasa perumahan baru yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Walau bagaimana pun, terdapat surau sediada yang terletak di fasa 5A2 iaitu Surau Al Ehsan, Ahli khairiah yang terlibat bagi surau ini adalah dari fasa 5A1, 5A2 dan 5A4 kerana lokasi yang sangat sesuai dan jarak yang dekat dengan fasa tersebut. Jumlah penduduk bagi fasa ini ialah sejumlah 3000 orang. kapasiti ini adalah ramai oleh itu surau sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang ramai.

Pada masa kini, selepas 4 tahun setengah dibuka (2011), 80% daripada unit-unit kediaman di Alam Suria telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara.

Dengan hal itu, cadangan pelan surau Al muqarrabin ini telah diwujudkan bagi menampung jemaah yang melibat komuniti dari fasa 5A3, 5A5, 5A6 & 5A7, dimana jumlah ahli khairiah dijangka seramai 1500 orang.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan surau ini sebagai inisiatif pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Al Muqarrabin Alam Suria (Fasa 5) ini.